SK Tengkawang adalah sekolah pertama aku memulakan tugas sebagai seorang pendidik. Sebelum ni tak pernah jejak kaki ke sana dan first impression di hatiku " ah sudah, kena naik rakit ke pe ni" Tapi aku percaya , mesti ada hikmah aku di tempatkan di sana.
Bila sampai di situ, tanggapan pertama tu terus hilang kerana sekolah tu terletak di tepi jalan dan yang istimewanya sekolah tu ada asrama yang menempatkan murid-murid yang terpilih untuk bersekolah di sana. alhamdullillah.
Di sana aku terpukau dengan keramahan dan budi bahasa masyarakat di sana. Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di sana begitu halus budi pekerti mereka dan still ingat g kata-kata mereka - cikgu ajarle anak saya , pukul lah mereka tapi jangan sampai cacat sudah. Kata-kata ibubapa yang prihatin dan penuh pengharapan ini menaikkan semangat juang ku untuk mencurahkan ilmu yang ada dengan tulus ikhlas. Kelas yang aku ajar adalah kelas peperiksaan - tahun 6. Tak ada pengalaman langsung tapi first posting dah kena ajar tahun 6... Tapi kepercayaan pihak pentadbir ( En Yunus (GB), Cikgu Ngah ( kami panggil dia Abg Ngah) - PK 1 dan Ayah Wan (En Wan Zaki - PK HEM)memberi sedikit perangsang untuk meneruskan tugas bersama-sama Puan Ainon(juga baru posting macam aku ) dan mengajar tahun 6 gak.
Banyak kenangan yang kami lalui bersama dan semuanya muncul semula tatkala salah seorang anak muridku add aku sebagai rakan di facebook. Dan bermula dari situ , sorang demi sorang bekas anak muridku di Tengkawang dapat dihubungi. Terima kasih Hasnah - i am proud of you ) Dan yang lain-lain, teacher doakan agar u all sihat dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Ingatlah selalu, buatlah sesuatu disusuli dengan niat yang tulus ikhlas, insyaallah, hidup kita akan sentiasa diberkatiNYA..
Ada umur , ada jodoh, kita tentu akan bersua..... amin
Sunday, February 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sk tengkawang.. pi keja naik van... slalu dapat hadiah buah-buahan... bes woo...aku ngan arwah dak is la yg untung makan free... mencurah2 ide ko ek? terer ler... tak sia2 slalu baca buku blakang pintu pas abis keje kedai tanpa gaji.. hehehe.. aku dah jalaaannnn masa tue....
ReplyDeleteha ha ha..... idea mencurah2 bila ada gerak momentum yang positif.... tu le.. dapat makan buah fresh, ikan dan sayur pun selalu dpt dari jiran sebelah... karipap kak mah pun selalu dapat.. seronok dok kat sana... masyarakat ramah dan macam kuage sendiri je...
ReplyDeleteAssalamualaikum..tak sangka dengan kecanggihan teknologi dpt gak jumpa teacher yg dah lame x dengar brite.. (MULYADI - SK Tengkawang 1988 - 1993)
ReplyDeletepatut pn jmpa kt sek td ceria jer k.lin, rupanya bertemu smula ank2 mrd lama.sonok kan w/p dh lama mrka msh ingat lg.
ReplyDeleteteacher..you are always in my mind...hihi(ayat ni teacher yg bg masa kami year6 '92)terharunya baca catatan teacher ni.miss u...
ReplyDeletei always cherish every single moment that we had been through together at tengkawang. terima kasih kerana u all semua masih ingat kat teacher ni..
ReplyDelete