Monday, February 22, 2010

BES (Lesson 5)

A and An

Salam sejahtera dan bersua kembali di ruangan ini. Macamana lesson so far? Boleh ikutke? jangan lupa , tinggalkan apa saja persoalan atau pertanyaan di dalam kotak komen tu ye, insyaAllah , saya akan attend to the matter.

"A" dan "An" seringkali digunakan sebelum noun. "An' dan 'A" digunakan untuk merujuk kepada 1 noun sahaja dan bezanya bergantung kepada bunyi vowel (a,e,i,o,u) dan konsonan ( huruf abjad lain selain a,e,i,o,u)
Contoh 'an' - an apple, an elephant, an igloo, an owlet , an umbrella
'a' - a boy, a car, a duck, a friend, a glass , a house, a jar, a key ,
a lamp, a mother, a nurse, a pen, a quail, a rose, a stamp, a trolly,
a vase, a wallet, a yacht, a zoo
Tapi ada gak exemption nye ( pengecualian) dan kena learn by heart lah.. no other and easy way except to memorize

An - an honest boy, an honour, an honourable, an hour ( 'h' tidak dibunyikan)
A - a university, a uniform, a unicorn, a unit ( sebab 'u' itu dibunyikan seperti ada huruf y di hadapannya.

Cuba dapatkan contoh2 lain untuk lebih memahaminye. Rujuk pada dictionary jika tak sure. Semangat "boleh" mesti disemaikan tatkala menemui kebuntuan tau.

InsyaAllah, di lain masa, saya akan menerangkan countable dan uncountable noun pula. Dan penggunaan 'a' dan 'an' juga ada berkaitan.
Selamat mentelaah....

Monday, February 15, 2010

BES (Lesson 4)

Berjumpa lagi kita di ruangan BES. Untuk kali ini , saya akan menyambung noun yang terakhir ( actually banyak g, tapi untuk basic knowledge, saya himpunkan kepada 4 dulu, nanti keluar sekali harung, pening lalat nanti)
Grup terakhir ni ialah NOUN ( things ). Kategori ini meliputi semua yang tidak ada di dalam grup 3 teratas itu. (people. animal, dan places). Untuk memudahkan kefahaman, saya akan cuba menerangkan 3 contoh sebagai panduan.
1) Jika kita rujuk kepada orang - tanya apa yang ada kat diri orang tu.
2) Jika kita tenguk kucing - apa yang ada kat kucing tersebut?
3) Jika kita masuk ke ruang tamu, apa yang kita dapat tenguk?

1) Ye, jika kita rujuk orang, kita akan nampak hidung, mata, telinga, rambut dsb yang boleh kita masukan dalam parts of body. Kita juga boleh lihat pakaiannya - baju kurung, kasut, aksesori yang kita boleh grupkan dalam clothings.

2) Pada kucing pulak? kita dapat tenguk parts of its body jugakan? tail, whiskers, fur, eyes dsb.

3) Di ruang tamu pulak? kita akan dapat lihat sofa, carpet, pictures, vase, flowers, fan, television dsb...

Cuba fikir apa yang akan anda lihat di kitchen? di dalam fridge? di orchard? di garden? di store room? in the classroom? in the field? in the shop? at the market? at the hospital?

Saya boleh katakan bahawa noun yang keempat ni lebih details dan ia melengkapkan apa yang tidak ada dalam nouns yang telah dibincangkan sebelum ini.

Saya perlukan feedback daripada mereka yang mengikuti BES ini dan boleh juga share pandangan dengan saya untuk memperbaiki kelemahan yang ada. BES ini adalah berdasarkan Sharing Knowledge. Kalau ada yang kurang, bolehlah ditambah mana yang patut untuk manfaat kita bersama. Thanks ya...

Thursday, February 11, 2010

BES ( Lesson 3)

Hari ini ada kelapangan sedikit, esok nak pergi ambil anak kat Gopeng dan seterusnye nak prepare soalan untuk program CO (under PPD).
Baiklah, tinggal lagi 2 nouns yang masih belum diberi penerangan. Untuk kali ini saya akan menerangkan tentang "place" dulu. Sekiranya, ada orang berkata...
Jom kita pergi main bola.....atau
Nanti jumpa saya malam ni ye.... atau
Petang ni kita pergi makan roti canai....... atau
Jangan lupa ambil saya nanti...
Dalam fikiran kita mesti tertanya2
- main bola di mana ,
- jumpa di mana,
- makan roti canai di mana dan
- ambil dia di mana? Bagaimana nak menjadikan permintaan kita itu tepat? Ye, kita perlu masukkan lokasi / tempat untuk setiap event tersebut.
Jadi, penyelesaianya :
- Jom kita main bola di padang sekolah kita petang ni.
- Nanti jumpa saya malam ni di rumah Alicia tau.
- Petang ni kita pergi makan roti canai kat Restoran Nasha.
- Jangan lupa ambil saya nanti di depan Supermarket Cillion.

Kesimpulannya, di mana lokasi atau destinasi yang di tuju, tempat tersebut adalah dalam kumpulan noun. Beberapa contoh lain, Mum goes to the .... to buy fresh fish.
Dad drives to his .........every morning. Johan and Anis are walking to the ..... to buy some biscuits. I went to.........as i was sick yesterday.
Cuba cari contoh yang lain pula ye.... Sehingga bertemu lagi di minggu hadapan, terima kasih kerana mahu berkongsi dengan saya.

Tuesday, February 9, 2010

Nostalgia bersama teacher.......

Sesungguhnya, tahun ini merupakan awal permulaan pertemuan aku bersama bekas anak2 muridku yang pernah kuajar se-awal Disember 1989 sehingga sekarang.... Alhamdullillah, aku bersyukur dengan pertemuan ini walaupun hanya di facebook dan ada juga yang sudi bersamaku di blog ini. Jadi, aku ingin sekali mengimbau kenangan bersama mereka dan pengalaman mereka semasa bersamaku di zaman persekolahan.... suka duka, pahit, manis dan pelbagai cerita yang mungkin masih tersimpan di sanubari mereka. Sekiranya ada yang terasa "teraniaya" semasa bersamaku di bilik darjah dulu, dengan rasa rendah diri, aku mohon maaf . Tidak pernah tercalit satu niat buruk untuk berbuat demikian, yang ada hanya niat tulus ikhlas untuk mencurah bakti dan ilmu kepada permata2 hatiku...

Sunday, February 7, 2010

SK TENGKAWANG -1989 -1992

SK Tengkawang adalah sekolah pertama aku memulakan tugas sebagai seorang pendidik. Sebelum ni tak pernah jejak kaki ke sana dan first impression di hatiku " ah sudah, kena naik rakit ke pe ni" Tapi aku percaya , mesti ada hikmah aku di tempatkan di sana.
Bila sampai di situ, tanggapan pertama tu terus hilang kerana sekolah tu terletak di tepi jalan dan yang istimewanya sekolah tu ada asrama yang menempatkan murid-murid yang terpilih untuk bersekolah di sana. alhamdullillah.
Di sana aku terpukau dengan keramahan dan budi bahasa masyarakat di sana. Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka di sana begitu halus budi pekerti mereka dan still ingat g kata-kata mereka - cikgu ajarle anak saya , pukul lah mereka tapi jangan sampai cacat sudah. Kata-kata ibubapa yang prihatin dan penuh pengharapan ini menaikkan semangat juang ku untuk mencurahkan ilmu yang ada dengan tulus ikhlas. Kelas yang aku ajar adalah kelas peperiksaan - tahun 6. Tak ada pengalaman langsung tapi first posting dah kena ajar tahun 6... Tapi kepercayaan pihak pentadbir ( En Yunus (GB), Cikgu Ngah ( kami panggil dia Abg Ngah) - PK 1 dan Ayah Wan (En Wan Zaki - PK HEM)memberi sedikit perangsang untuk meneruskan tugas bersama-sama Puan Ainon(juga baru posting macam aku ) dan mengajar tahun 6 gak.
Banyak kenangan yang kami lalui bersama dan semuanya muncul semula tatkala salah seorang anak muridku add aku sebagai rakan di facebook. Dan bermula dari situ , sorang demi sorang bekas anak muridku di Tengkawang dapat dihubungi. Terima kasih Hasnah - i am proud of you ) Dan yang lain-lain, teacher doakan agar u all sihat dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Ingatlah selalu, buatlah sesuatu disusuli dengan niat yang tulus ikhlas, insyaallah, hidup kita akan sentiasa diberkatiNYA..
Ada umur , ada jodoh, kita tentu akan bersua..... amin

Thursday, February 4, 2010

BES (Lesson 2)

Hello, have you done your homework last week? Sudah dapat sedikit idea tentang noun (people)
Untuk slot yang ke 2, saya akan teruskan dengan noun (animal)
Yang ini mudah sangat - semua jenis haiwan dari sekecil-kecil semut sehingga sebesar-besar gajah, yang hidup di darat, udara, laut dan di dalam tanah, semuanya dikumpulkan dalam grup animal. Untuk lebih mudah , kita kategorikan mengikut kumpulan iaitu - mammal eg whale (laut) , elephant ( land ), cat, tiger
reptile eg snake, crocodile, lizard
amphibian eg frog, toad
bird eg canary, chicken, duck, goose
insect eg butterfly, fly, bee, dragonfly
crustacean eg crab, lobster,shrimp
mollusc eg osyter, slug, snail, mussel

Boleh cuba cari lagi contoh-contoh yang lain untuk mengukuhkan lagi kefahaman mengenai slot kali ini. Selamat belajar.