Thursday, May 20, 2010

BES (lesson 8)

Salam semua, hari ni saya nak memulakan dengan tajuk yang baru iaitu adjective. Apa tu?
Ia digunakan untuk menerangkan noun. ingat g apa tu noun? tak ingat, sila kembali ke lesson sebelum ini. Saya boleh bahagikan adjective kepada beberapa bahagian tapi untuk memudahkan, saya akan cuba meringkaskannya melalui contoh2 di bawah.

Siti is a girl. Siti is a tall girl. Apakah perbezaan yang dilihat pada contoh ini?
Yes, ada penambahan perkataan "tall" sebelum girl, bukan? tall itu adalah contoh adjective. ia menerangkan lebih detail tentang Siti. ia menjawab persoalan -what kind of person Siti is...
Cuba contoh ini pula.
A bottle is on the desk. Two bottles are on the desk. Apa yang dilihat di sini?
Jumlah botol yang berbeza , bukan? A bottle - sebiji botol / Two bottles - dua botol.
A dan two itu adalah adjective yang menjawab soalan - how many?
Boleh ikutke? Saya stop di sini dulu sementara you all cuba mencari beberapa adjective yang lain.. Ingat tanya diri you sendiri - what kind ?? dan how many??
See you next time..salam

Thursday, May 6, 2010

BES (lesson 7)

hi again... maaf ye terlalu lama off dari blog ni. too many things to be done lately...baiklah untuk meneruskan lesson seterusnye, saya cuba menerangkan penggunaan quantifier / determiner untuk digunakan dengan noun.
bagi countable nouns - a dan an untuk menggambarkan hanya 1 bilangan sahaja. bagaimana kalau banyak? ramai? contoh: boy = a boy ( seorang budak lelaki)
some boys / many boys / a few boys / several boys ( ramai budak lelaki) bagaimana untuk animals? sama juga. duck - a duck ( seekur itik) kalau banyak? -some ducks. many ducks. a lot of ducks dsb. begitu juga dengan nouns yang lain. it is applicable.
uncountable nouns? tak boleh guna a atau an KECUALI sebagai sukatan.. contoh : sugar.
a spoon of sugar.- se sudu gula kalau banyak ? two spoons of sugar/ a few spoons of sugar / some spoons of sugar / telitikan ejaan pada spoon. apa yang berlaku bila jumlah sudu melebihi satu? ye, ada penambahan "s". tapi sugar tetap maintainkan? kenapa? sebab sugar tak boleh dikira...bagaimana dengan contoh lain? cuba latihan ini
sack of rice / packet of flour / tin of milk / jar of jam / bottle of water /
baiklah, cuba ye.... jumpa lagi di lain masa. selamat mencuba.