Wednesday, December 22, 2010

salam kembali

salam sejahtera, kembali bersua di blog ini setelah sekian lama saya menyepi. hopefully, pelbagai cerita selain dari ruangan BES akan diteruskan. sebagai permulaan, selamat menyambut tahun baru 2011... untuk kalendar islam, dah lama kita menyambutnya. saya tidak membuat azam yang baru tapi meneruskan usaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan tidak tergolong dalam golongan yang rugi... insyaallah...

Tuesday, July 20, 2010

taking a break

assalamualaikum wr wb....
saya mohon maaf kerana telah lama tidak meng-up-date blog saya. kesibukan tugas harian menyebabkan saya ingin berehat untuk seketika. insyaallah , saya akan kembali semula pada tahun hadapan... mohon maaf dan jumpa lagi.

Thursday, May 20, 2010

BES (lesson 8)

Salam semua, hari ni saya nak memulakan dengan tajuk yang baru iaitu adjective. Apa tu?
Ia digunakan untuk menerangkan noun. ingat g apa tu noun? tak ingat, sila kembali ke lesson sebelum ini. Saya boleh bahagikan adjective kepada beberapa bahagian tapi untuk memudahkan, saya akan cuba meringkaskannya melalui contoh2 di bawah.

Siti is a girl. Siti is a tall girl. Apakah perbezaan yang dilihat pada contoh ini?
Yes, ada penambahan perkataan "tall" sebelum girl, bukan? tall itu adalah contoh adjective. ia menerangkan lebih detail tentang Siti. ia menjawab persoalan -what kind of person Siti is...
Cuba contoh ini pula.
A bottle is on the desk. Two bottles are on the desk. Apa yang dilihat di sini?
Jumlah botol yang berbeza , bukan? A bottle - sebiji botol / Two bottles - dua botol.
A dan two itu adalah adjective yang menjawab soalan - how many?
Boleh ikutke? Saya stop di sini dulu sementara you all cuba mencari beberapa adjective yang lain.. Ingat tanya diri you sendiri - what kind ?? dan how many??
See you next time..salam

Thursday, May 6, 2010

BES (lesson 7)

hi again... maaf ye terlalu lama off dari blog ni. too many things to be done lately...baiklah untuk meneruskan lesson seterusnye, saya cuba menerangkan penggunaan quantifier / determiner untuk digunakan dengan noun.
bagi countable nouns - a dan an untuk menggambarkan hanya 1 bilangan sahaja. bagaimana kalau banyak? ramai? contoh: boy = a boy ( seorang budak lelaki)
some boys / many boys / a few boys / several boys ( ramai budak lelaki) bagaimana untuk animals? sama juga. duck - a duck ( seekur itik) kalau banyak? -some ducks. many ducks. a lot of ducks dsb. begitu juga dengan nouns yang lain. it is applicable.
uncountable nouns? tak boleh guna a atau an KECUALI sebagai sukatan.. contoh : sugar.
a spoon of sugar.- se sudu gula kalau banyak ? two spoons of sugar/ a few spoons of sugar / some spoons of sugar / telitikan ejaan pada spoon. apa yang berlaku bila jumlah sudu melebihi satu? ye, ada penambahan "s". tapi sugar tetap maintainkan? kenapa? sebab sugar tak boleh dikira...bagaimana dengan contoh lain? cuba latihan ini
sack of rice / packet of flour / tin of milk / jar of jam / bottle of water /
baiklah, cuba ye.... jumpa lagi di lain masa. selamat mencuba.

Monday, April 12, 2010

asam pedas?

salam kembali dari saya kat ruangan ini... hari ini saya nak berkongsi menu asam pedas ibu saya ( sedap... pada selera saya le... pada orang lain, cube dulu tau...)
ikan yang paling sedap untuk menu ini ialah ikan terubuk, ikan parang dan sudah tentu ikan pari...
blend cili kering dengan bawang kecil, no garlic please, letak halia sikit...
panas minyak, tumis halba, belacan yang telah dihancurkan, goreng hingga naik bau... then, masukan bahan yang telah diblender tadi. tunggu hingga naik minyak , pas tu, masukan air ( ikut suka tahap kepekatannye) , bila dah mendidih, masukkan ikan, daun kesom dan air asam jawa. rasa garam, dan masukan perasa kalau suka. kecilkan api dan tunggu hingga ikan masak. boleh masukkan sayur tomato buah, terung atau jeruk sawi kalau suka... dah siap , boleh hidang .

ada sesiapa yang ada menu asam pedas lain ? boleh share dengan saya... saya yang sebenarnye teringin nak buat nasi dagang, tapi tak pandai.... boleh ke sesiapa sudi share dengan saya?

Sunday, March 14, 2010

Take a break....

Salam semua.... maaf ye, untuk BES ni, saya akan take a break sekejap sebab ada beberapa perkara penting yang perlu saya ambil tindakan segera. InsyaAllah, saya akan kembali dalam masa 2 minggu lagi...

Thursday, March 4, 2010

BES (Lesson 6)

Salam.... maaf dipinta kerana agak terlewat menyambung siri ini. Ada beberapa perkara penting yang perlu saya uruskan terlebih dahulu....
Well, kali ini saya akan menyambung kepada topik seterusnye - countable dan uncountable noun. Kebiasaanya, countable nouns melibatkan people, animals dan places sementara things deal dengan kedua-dua countable dan uncountable.

Countable noun - nouns yang boleh dikira atau dibilang seperti boy ( people) , cat (animal) dan school (place). Contoh thing pula seperti ball, book dan ruler....

Untuk memantapkan pemahaman , cuba cari 100 contoh lain bagi setiap satu kategori (people, animals, things dan places)

Uncountable noun - benda yang tidak boleh dikira atau dibilang.. susah nak kira dan mengambil tempoh yang lama untuk selesai, itupun kalau tepat, okaylah , kalau tak, kena kira semula... kan buang masa tu. Contoh untuk things ( biasanya melibatkan makanan) seperti oil - camana nak kira? tepung - nak kira camana? kalau orang saiz kecil, segengam yang dipegang sangat berkurang jika dibandingkan dengan segengam orang yang berbadan besar kan? kalau cam tu, seronok dan untungle orang yang berbadan besar.... kesian yang saiz kecil tu....Contoh lain, macam sugar, salt, pepper,milo, coffee, rice.... boleh dapatkan lagi 30 untuk contoh2 yang lain? boleh refer kat dictionary if tak sure... ada penerangan samada noun itu uncountable or countable noun..... teruskan usaha ye....Ada sebarang masalah, sila leave your comment. Insyaallah, saya akan cuba membantu. Selamat mentelaah...