Tuesday, February 9, 2010

Nostalgia bersama teacher.......

Sesungguhnya, tahun ini merupakan awal permulaan pertemuan aku bersama bekas anak2 muridku yang pernah kuajar se-awal Disember 1989 sehingga sekarang.... Alhamdullillah, aku bersyukur dengan pertemuan ini walaupun hanya di facebook dan ada juga yang sudi bersamaku di blog ini. Jadi, aku ingin sekali mengimbau kenangan bersama mereka dan pengalaman mereka semasa bersamaku di zaman persekolahan.... suka duka, pahit, manis dan pelbagai cerita yang mungkin masih tersimpan di sanubari mereka. Sekiranya ada yang terasa "teraniaya" semasa bersamaku di bilik darjah dulu, dengan rasa rendah diri, aku mohon maaf . Tidak pernah tercalit satu niat buruk untuk berbuat demikian, yang ada hanya niat tulus ikhlas untuk mencurah bakti dan ilmu kepada permata2 hatiku...

4 comments:

  1. itu sume adlah "rencahnya"...
    "rencah" yg baik akn terhasil "bende" yg baik..
    hasilnya, kami jadi manusia..manusia yg betul2 manusia...
    thumbs up....

    ReplyDelete
  2. two thumbs up for my lovely teacher!!

    ReplyDelete
  3. segarang-garang Teacher itu membuahkan hasil..hasilnya adalah kami menjadi seorang insan yang berjaya..garangnyer Teacher adalah titik permulaan kajayaan kami..TQVM Teacher!!!

    ReplyDelete
  4. kawan lama....kat kubang semang.baru sempat tengok

    ReplyDelete