Sudah bersedia untuk mengikuti BES ?
Dalam apa juga bahasa yang baharu kita kenal, perkara utama yang sering bermain di minda ialah - apa nama benda ini, apa nama benda itu, camana nak tanya jika kita hendak......( pelbagai pertanyaan yang perlukan feedback kan?
Jadi , untuk minggu ni, saya mulakan dengan NOUN. Noun is a name of any thing. Apa-apa benda yang kita tenguk, pegang, rasa, bau, sentuh, semuanya ada nama. Tak kan kita nak panggil oi, eh, dsb bagi semua benda kan?
Untuk menyenangkan kita, saya bahagikan noun kepada 4 kategori (sebenarnya berlambak) tapi ini untuk memudahkan pemahaman, saya kecilkan kepada 4 sahaja iaitu people ( orang ), animal ( haiwan ), place ( tempat ) dan thing ( semua benda yang lain dari people, animal,dan place) Still confused?
Tidak mengapa, teruskan....biar lambat tapi lekat pemahaman di kepala sampai bile-bile.
Hari ini , kita mulakan dengan people dulu. Kategori ini melibatkan apa sahaja yang kita tau ia melibatkan ORANG.
Jangan gopoh, kita mulakan ikut kategori. Mula-mula tenguk dalam family kita, siapakah mereka? Antara contoh ; father, mother, son, daughter, brother, sister, grandfather, grandmother,parents, family, brother-in-law dsb. Cuba bagi contoh lain...
Kedua, di tempat kerja kita atau tempat pengajian ( tempat belajar ) kita.
Contoh : teacher, classmate, schoolmate, prefect, librarian, lecturer, manager, principal, headmaster, clerk, executive , friend, collague, dsb.. (mellibatkan friend, relative dan pekerjaan ) Cari lagi contoh
Saya rasa cukup setakat ini dahulu... so jangan lupa cari contoh-contoh yang lain. Tak tau, guna rakan baik kita = DICTIONARY.
Jumpa lagi minggu depan dengan sambungan noun yang lain,. Happy learning.
Friday, January 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good
ReplyDelete