Hari ini aku mengikuti kursus membina blog di sekolah aku.. Memang terlalu excited. selama ni, aku asyik membaca blog orang lain dan lepas ni giliran aku pula mengisi ruangan di blog sendiri. he he... tapi perasaan excited terus turun drop by drop sebab masalah server. Akhirnya jadilah aku dan sebahagian rakanku yang lain sebagai pendengar dan pencatat yang setia. Mendengar tanpa latihan membuatkan aku berasa agak ketinggalan . Tapi aku tetap juga mendengar dan mendengar dan mendengar.....
Harapan aku agar rakan lain yang sudah memang advance dalam bidang ini dapat meluangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu yang aku anggap amat berguna sejajar dengan arus kemodenan teknologi maklumat yang sentiasa di upgradekan.
Saturday, January 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment