Friday, January 29, 2010

Lesson 1

Sudah bersedia untuk mengikuti BES ?
Dalam apa juga bahasa yang baharu kita kenal, perkara utama yang sering bermain di minda ialah - apa nama benda ini, apa nama benda itu, camana nak tanya jika kita hendak......( pelbagai pertanyaan yang perlukan feedback kan?

Jadi , untuk minggu ni, saya mulakan dengan NOUN. Noun is a name of any thing. Apa-apa benda yang kita tenguk, pegang, rasa, bau, sentuh, semuanya ada nama. Tak kan kita nak panggil oi, eh, dsb bagi semua benda kan?

Untuk menyenangkan kita, saya bahagikan noun kepada 4 kategori (sebenarnya berlambak) tapi ini untuk memudahkan pemahaman, saya kecilkan kepada 4 sahaja iaitu people ( orang ), animal ( haiwan ), place ( tempat ) dan thing ( semua benda yang lain dari people, animal,dan place) Still confused?

Tidak mengapa, teruskan....biar lambat tapi lekat pemahaman di kepala sampai bile-bile.

Hari ini , kita mulakan dengan people dulu. Kategori ini melibatkan apa sahaja yang kita tau ia melibatkan ORANG.
Jangan gopoh, kita mulakan ikut kategori. Mula-mula tenguk dalam family kita, siapakah mereka? Antara contoh ; father, mother, son, daughter, brother, sister, grandfather, grandmother,parents, family, brother-in-law dsb. Cuba bagi contoh lain...

Kedua, di tempat kerja kita atau tempat pengajian ( tempat belajar ) kita.
Contoh : teacher, classmate, schoolmate, prefect, librarian, lecturer, manager, principal, headmaster, clerk, executive , friend, collague, dsb.. (mellibatkan friend, relative dan pekerjaan ) Cari lagi contoh

Saya rasa cukup setakat ini dahulu... so jangan lupa cari contoh-contoh yang lain. Tak tau, guna rakan baik kita = DICTIONARY.

Jumpa lagi minggu depan dengan sambungan noun yang lain,. Happy learning.

Sunday, January 24, 2010

Basic English Sharing (BES)

Well, untuk yang berminat untuk mengikuti BES tersebut, insyaallah , aku akan memulakannya pada hari Jumaat ini.... bila tenguk schedule harian, adoiii... a lot of work to be done...tapi aku menetapkan untuk berkongsi maklumat ini samada pada hari Jumaat atau Sabtu setiap minggu.
Aku baru bertanya kepada beberapa orang muridku untuk mengajar foreign language di blog aku ni.... nampaknye jawapannya positif.. harap2 ianya menjadi kenyataan. sekurang-kurangnye yang basic pun jadile.... sapa-sapa yang berminat untuk sharing bahasa perancis di sini??? semua komen dan cadangan sangat dialu-alukan.

Untuk permulaan, pastikan you all ada dictionary ye.... see u next week.

Basic English

Salah seorang bekas muridku bertanya, teacher nak letak apa kat blog? - (Sofia). dia cadangkan agar aku buat english lesson, a very basic one....Memang pada mulanya aku berniat untuk berbuat begitu, setidak-tidaknya dapatlah aku berbakti mencurahkan ilmu yang sedikit ini kepada mereka yang memerlukan . Aku ingin meletakkan pelbagai bahan meliputi dari diari harian, pengalaman suka duka, module bahasa inggeris ( elementary ), resipi ( jangan lupa , i memang suka memasak ( walaupun tak pandai sangat) dan berbagai-bagai ragam lagi untuk dijadikan khazanah.... Aku tidak mempunyai harta untuk dibahagi-bahagikan, mungkin dengan wujudnya khazanah hidup ini boleh memberi sedikit input yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa.....

To those who are interested to follow my english lesson, keep reading ......

Saturday, January 23, 2010

FACEBOOK

Laman facebook ni pun baru aku kenal pada akhir tahun 2009. itupun rakanku Pn Poontugil (hello poon) yang membuka akaun untuk aku. Dari hari ke sehari , rakanku bertambah yang sebahagian besarnya menceburkan diri dalam bidang pendidikan. dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan baru yang memang sukar diperolehi kalau tidak melalui prosesnye sendiri. Sekarang ni ramai juga bekas anak2 muridku telah mula berhubungan semula denganku walaupun melalui fb saja. Tak sangka, begitu cepat masa berlalu.... kebanyakan mereka telahpun berjaya dan menjalani proses hidup bermasyarakat.....
Harapan aku agar bila tiba giliran mereka mentadbir masyarakat, jadilah seorang pentadbir yang berpegang kepada tali Allah swt. amin.

Blogger to be...

Hari ini aku mengikuti kursus membina blog di sekolah aku.. Memang terlalu excited. selama ni, aku asyik membaca blog orang lain dan lepas ni giliran aku pula mengisi ruangan di blog sendiri. he he... tapi perasaan excited terus turun drop by drop sebab masalah server. Akhirnya jadilah aku dan sebahagian rakanku yang lain sebagai pendengar dan pencatat yang setia. Mendengar tanpa latihan membuatkan aku berasa agak ketinggalan . Tapi aku tetap juga mendengar dan mendengar dan mendengar.....
Harapan aku agar rakan lain yang sudah memang advance dalam bidang ini dapat meluangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu yang aku anggap amat berguna sejajar dengan arus kemodenan teknologi maklumat yang sentiasa di upgradekan.